Tuesday, 25 June 2013

Hmm.. Chaiyo0k3 !!!

Bismillah... Dengan Nama Allah Pada Awal Hingga Akhirnya  

Alhamdulillah, syukur di panjat kepada Pemilik jiwa dan seluruh alam semesta yang mana kita 'menumpang' selama ni, masih di beri nikmat untuk di rasai pada saat ini. Terutamanya nikmat Iman dan Islam yang mana nikmat ini boleh ini hilang dalam sekelip mata sahaja andai diri ini terus hanyut dalam kealpaan yang direka sendiri. Nauzubillah,mintak dijauhkan.

Hari ini, rasa rajin pulak jari ni nak menari-nari atas keyboard ni nak taip something kat blog yang dah 'berhabuk' dah saya kira.. Hehehe...  Ok2, Alhamdulillah hari ni usai sudaa final exam untuk semesta ke4. Genap 2 tahun melayar bahtera di bumi Sintok ni. Pejam celik pejam celik, dah nak habih rupanya. Rasa baru semalam melangkah masuk sebagai 'freshie' kat UUM nie. 

Bila difikirkan semula, dikenang kembali, timbul persoalan yang tak penah lupuk dari benak sejak dulu, cukup ke ilmu yang aku ada sekarang untuk aku berkhidmat kepada UMMAH kelak ?????  Bila nak dibandingkan dengan orang lain, Ya Allah, malu rasanya.. Banyak sangat yang masih kurang dalam diri ni.. Bila fikirkan tentang mak ayah, mampukah aku banggakan mak ayah aku lepas pada aku habis nanti ????  Diri ni mengaku , sejak dari bangku sekolah lagi, saya tak penah nak banggakan mak ayah ,nak hadiahkan mereka dengan keputusan yang baik. Penah sekali, mak seakan-akan merendahkan diri ni.. Sakit teramat rasa, bila ingat semula, tak penah air mata ni tak mengalir. Tetapi, hal tu tak akan melemahkan semangat diri ni, diri ni akan bangkit dan terus bangkit walaupun sembilu menjadi hidangan untuk jalan kebangkitan tuu..

Satu jerr diri ni pegang bila saat diri ni tertunduk hiba, "Inna Allah Hama'assobirin".. Yaa, Allah akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan tuan guru di satu pondok yang penah saya jejak pun penah bgtau, "Kunci bagi suatu kejayaaan itu adalah dengan BERSABAR".  

Bersabarlah Wahai Diri
Kuatlah Duhai Jiwa 
Ummah Memerlukan Mu..

Chaiyookk3 !!!!!  Jangan pernah rasa berputus asa. Jatuh itu perkara biasa. Bangun dan terus berlari daripada kejatuhan itu yang luar biasa.

Hidup Untuk Ummah, 
Islam menjadi pegangan,
Redha Allah Yang di buru..

Salam Mahabbah.. Peace No  War (^__^)

No comments :

Post a Comment